Sabah tuan rumah Forum Ekonomi Digital Malaysia Ke-10

KOTA KINABALU: Sabah dipilih sebagai tuan rumah Forum Ekonomi Digital Malaysia ke-10 2026 (MDEF26), sekali gus mencatat sejarah sebagai penganjuran pertama acara berprestij peringkat kebangsaan itu di luar ibu negara.

Forum yang dijadual berlangsung pada 11 Ogos 2026 itu akan dianjurkan oleh Malaysia Digital Chamber of Commerce (MDCC) Cawangan Sabah dengan kerjasama Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ).

Pengerusi Emeritus MDCC, Dr Chris Daniel Wong mengumumkan perkara itu selepas mengetuai delegasi MDCC Sabah dalam kunjungan hormat kepada Ketua Pegawai Operasi SMJ Ramlee Kariah di sini hari ini.

Chris berkata, pemilihan Sabah mencerminkan pengiktirafan terhadap potensi besar negeri itu dalam menjana peluang perniagaan dalam ekonomi digital negara.

“Kestabilan semasa serta perancangan strategik di bawah kerangka pembangunan SMJ meletakkan Sabah dalam kedudukan kukuh untuk menjadi pemangkin pertumbuhan.

“MDEF26 bertujuan mencapai beberapa objektif strategik, termasuk meletakkan Sabah sebagai pemain utama dalam landskap ekonomi digital Malaysia.

“Selain itu, mempromosikan rangka kerja Ekonomi Biru Sabah, serta mempercepat transformasi digital dan penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam sektor keutamaan seperti perusahaan kecil dan sederhana (PKS), logistik, pelancongan, maritim dan pertanian,” jelasnya.

Beliau berkata, forum itu juga dijangka menarik penyertaan delegasi asing bagi memudah cara pelaburan rentas sempadan serta kerjasama dalam ASEAN, selain memperkukuh kerjasama awam-swasta dalam memacu inovasi digital.

Sementara itu, Ramlee menyambut baik penganjuran forum itu di Sabah dan menyokong penuh selaras dengan agenda pembangunan SMJ yang menekankan pertumbuhan ekonomi melalui pendigitalan, inovasi dan pembangunan mampan.

Dalam kunjungan sama, beliau turut merasmikan pelancaran laman Facebook MDCC Sabah sebagai langkah memperkukuh penglibatan digital serta capaian kepada komuniti perniagaan di negeri ini.

Platform berkenaan akan menjadi saluran komunikasi utama bagi menyampaikan maklumat terkini, mempromosikan inisiatif digital serta menghubungkan pihak berkepentingan di seluruh Sabah.

Orang ramai yang berminat untuk menyertai MDEF26 boleh menghubungi pengerusi penganjur, Alvis Loo di talian 017-3635890.

Make a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

We focus in providing members business networking opportunities both locally and regionally to improve their businesses while offering training for leveraging on the benefits of technology for business, career, and life.
Contact Info
Office Address

Let us help you get your project started.

Contact

 +44(0)20 3156

 

 +1 866 512 0268

Start your project